PROFIL MOTIVATOR
FARHAAN RAHMAT
Muhammad Farhaan Bin Rahmat, anak kelahiran Alor Setar, Kedah, merupakan seorang sangat berpengalaman dalam bidang motivasi dan pengurusan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (Sains Politik) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan di Farhaan Rahmat Training Consultant (FRTC) dan PruVenture Manager di Prudential BSN Takaful, Seberang Jaya.
PENGLIBATAN & ANUGERAH
- Putera Terbaik Nadwah Kepemimpinan Islam Kedah (2008)
- Putera Terbaik Nadwah Kepemimpinan Islam Kebangsaan (2008)
- Ketua Pelajar SMK Pinang Tunggal, Sg Petani (2009)
- Ketua Pelajar SMK Sungai Pasir, Sg Petani (2011)
- Pengacara Majlis Rasmi UUM (2012-2015)
- Giat Aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar UUM
- Melibatkan diri dalam pelbagai Program Bakti Siswa UUM
- Naib Juara Intervarsity Young Motivator Kebangsaan (2014)
- Persembahan Terbaik Intervarsity Young Motivator (2014)
PENGALAMAN KEUSAHAWANAN
- Perunding Takaful bersama PruBSN Takaful (2021-Kini)
- Perunding Takaful bersama FWD Takaful (2019-2021)
- Eksekutif Pemasaran Butik Bulan Bintang Sg Petani (2021-2023)
- Mengendalikan ceramah Keusahawanan & Pemasaran Digital
- Menyediakan sesi Coaching bersama para Usahawan yang berminat untuk membina Personal Branding di Media Sosial.
PLATFORM MEDIA SOSIAL
Farhaan Rahmat juga aktif di media sosial sebagai pencipta kandungan dan juga pempengaruh yang mempunyai 480 ribu pengikut di TikTok dan video-video yang dihasilkan selalu mendapat jumlah tontonan yang tinggi.
Saudara Farhaan Rahmat juga diiktiraf sebagai TikTok Guru dan sering mengadakan kursus untuk pelajar dan usahawan yang berminat untuk menjadi pencipta kandungan di media sosial
PENULISAN BUKU MOTIVASI PELAJAR


